Buku ini meneruskan coretan rasa perjalanan seorang guru disiplin menguruskan kes-kes disiplin di sekolah (dalam Siri 1). Fokus coretan dalam buku ini adalah perjalanan perjalanan membina sokongan dalaman yang lebih berkesan kepada proses perkembangan murid. Rotan hanyalah sebahagian kecil daripada asam garam tugas guru disiplin. Ada banyak perkara berlaku di belakang proses disiplin. Ada bimbingan, ada kaunseling, ada diskusi, ada sokongan dan bantuan, dan ada doa dan harapan. Sebab itu perjalanan ini akhirnya bukan lagi tentang tangan yang merotan, tetapi tentang apa yang dilakukan oleh tangan yang sama selepas itu.